Pulangan pelaburan berstruktur berbeza-beza, lazimnya tidak terjamin dan bergantung kepada prestasi aset asas sepanjang tempoh pelaburan. Anda boleh mengalami kerugian jika prestasi aset asas berbeza daripada apa yang anda jangkakan. Pulangan sesetengah pelaburan berstruktur juga boleh terjejas berikutan pergerakan dalam tukaran asing. Pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok tidak dilindungi lazimnya memberikan pulangan lebih tinggi berbanding pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok dilindungi. Ini adalah kerana risiko yang terlibat adalah lebih tinggi. Pelaburan berstruktur boleh digunakan untuk memperoleh pendapatan atau meningkatkan pelaburan. Walau bagaimanapun, seperti pelaburan lain, masih terdapat risiko yang terlibat. Sebagai pelabur yang bijak, sekiranya anda mahu melabur dalam pelaburan berisiko tinggi seperti pelaburan berstruktur, anda mestilah mempunyai portfolio aset yang berisiko rendah seperti deposit tetap.
PELABURAN DUA MATA WANG Pelaburan dua-matawang adalah sejenis pelaburan berstruktur yang mendedahkan anda kepada risiko tukaran asing. Pelaburan anda akan dibuat dalam satu mata wang ('mata wang asas'). Pada tempoh matang, anda akan dibayar sama ada dalam mata wang asas atau mata wang lain ('mata wang alternatif'). Sebagai pelabur, anda boleh memilih kedua-dua 'mata wang asas' dan 'mata wang alternatif'. Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa sekiranya institusi perbankan membayar kepada anda dalam 'mata wang alternatif', anda mungkin mengalami kerugian terhadap wang pokok anda setelah ditukar kembali kepada matawang asas sekiranya kadar tukaran matawang tidak berada pada tahap yang anda jangkakan. | |  | Bankinfo.com.my
KLIKDUIT
| |  |
0 comments:
Post a Comment