Pengurusan Kekayaan IKS



Pengurusan kekayaan merupakan salah satu bentuk pengurusan kewangan yang bukan hanya boleh digunakan untuk individu sahaja, tetapi juga untuk perniagaan. Pengurusan kekayaan merupakan kaedah mengurus aset bersih atau lebihan wang anda bagi mencapai matlamat kewangan tertentu. Kekayaan bermakna aset bersih anda, iaitu selepas ditolak hutang dan liabiliti anda.

Kebanyakan perniagaan melaksanakan pengurusan kekayaan dengan tujuan agar aset perniagaan boleh dikekalkan, dikembangkan atau diagihkan. Anda akan dapat menentukan nilai bersih perniagaan anda setelah anda membuat kajian serta menilai kedudukan kewangan perniagaan anda. Seterusnya, tetapkan matlamat dan rancang pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Manfaat daripada pengurusan kekayaan termasuklah:
Penggunaan wang dengan lebih bijak
Mengurangkan cukai terhadap pelaburan
Memaksimumkan pulangan terhadap pelaburan berdasarkan risiko yang diambil


Ringkasan Pengurusan Kekayaan



0 comments: